Nikmat Allah

Monday, 18 July 2011

Kritikan satu penghormatan



Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik,dicaci dan dihina. Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan kita pula manusia.

Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehingga kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan  ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan penghormatan untuk kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.

“katakanlah(wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.”(Ali’Imran: 119)

“Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-Nya”-(At-Taubah: 74)

2 comments:

  1. salam... En. Nor Azmi, saya nk bagi kritikkan boleh? harap2 dgn izin ya, :)... warna pada tulisan ini kurang sesuai, sebb tak nampak jelas apa yg ditulis..adalah lebih baik saudara mengunakan warna seperti post2 yg sebelum ni.. itu jauh lebih baik...

    luahan dari hati yg ikhlas dn padat...ikhlas bila luahan itu dari kata2 hati yg menzahirkan dalam penulisan dan padat bila disertakan makna2 surah, bagi menguatkan keyakinan pada yg mmbaca

    semoga terus hebat ya... salam

    ReplyDelete
  2. salam kembali..Ya Allah saya baru perasan.Terima kasih atas kritikan itu.saya sendiri terhendap2 nak membacanya..insyaallah

    ReplyDelete