Nikmat Allah

Tuesday, 12 July 2011

Doa dan Pengharapan

Doa adalah senjata orang Mukmin. Usaha dengan sepenuh daya, jika tidak diiringi dengan doa, umpama sebilah pedang yang akan dibawa pergi berperang tetapi tumpul dan tidak bisa menikam musuh. Setulus hatiku mengakui bahawa inilah doa pembuka jalan yang menemukan aku dengan ketenangan, InsyaAllah.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa yang mujarab dan penuh ketulusan, yakni doa untuk menghilangkan kedukaan, kecemasan dan kesedihan:

Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘ Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasai langit dan Bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yang  mulia. Wahai zat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku  memohon pertolongan.

 Ya Allah hanya rahmatMu yang ku harapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu  sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada tuhan selain Engkau.

Aku memohon keampunan kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri,dan aku bertaubat kepadaNya. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan yang telah berbuat zalim.

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMU, dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan matiku ditanganMU. Telah berlalu qada’ Mu padaku dan sungguh adil  hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.

Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam KitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang makhlukMu (nabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan al-Qur’an sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut dan dari bebanan hutang dan tekanan orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung......(Ali-‘Imran:173)
                   
Allah itu Maha Mendengar

Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’. Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hamba-Nya pada setiap masa, tempat dan ketika. Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hamba-Nya yang bertaubat ialah Doa daripada hamba-Nya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hamba-Nya ibarat "kekasih" yang saling mencintai. Jika kekasih dalam kalangan manusia mungkin jemu jika masaalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali, sebaliknya Allah tidak sebegitu. Berdoalah, nescaya Aku akan memperkenankan. Demikian yang Allah tegaskan dalam al-Quran.

Jadi, doa bukan petanda lemah. Tetapi ia adalah sifat manusia gagah. Insya-Allah, kita akan temui hakikat itu. Sudikanlah mendengar peingatan daripada yang Maha Mendengar




2 comments:

  1. moga Allah mengindah jiwa dn hati kepada insan ini, kerana indah alunan bahasa pd luahan hati berbicara dgn santun dn rendah diri yg merayu hanya pada pemilik hati, moga terus berdoa dgn bahasa yg indah.. agar tenang pada jiwa yg meghayati doa-doa darimu..

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh buat saudara Ana yang dirahmati Allah dengan sokongan anda.Semoga semangat saya takan pernah padam dalam mencoret bait-bait kata inspirasi ke jalan Allah..

    ReplyDelete