Nikmat Allah

Saturday, 23 July 2011

Sejenak kita fikirkan

Di sana (yakni pada nota hati anda sendiri) pasti lebih banyak kisah yang lebih dekat dan "melekat" dengan kita sendiri. Sudah tiba masanya kita menjadi guru kepada diri sendiri! Membaca kisah sediri tentunya lebih menarik daripada membaca kisah orang lain. Tetapi kali ini, berilah peluang kepada  "hati kecil" untuk mendominasikan "hati besar" kita. Kita boleh menipu orang lain, tetapi mampukah kita menipu Allah dan menipu diri sendiri?

Sungguh pun begitu, tidak salah melihat diri sendiri melalui kaca mataorang lain. Kekadanng sesuatu yang kabur bukan terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat. Dan biasa terjadi sesuatu tidak dapat melihat bukan kerana terlalu gelap tetapi terlalu terang. Bak kelawar yang tidak dapat melihat siang, bukan kerana redupnya mentari tetapi kerana upayanya mata sendiri.

Mengerakkan diri anda "membaca" kisah-kisah sendiri, orang lain dan segala yang berlaku di sekeliling kita. Dan tulislah sekeping nota hati yang khusus tentang itu dalam sanubari yang paling tulus dan suci. Dengar cercaan "musuh" ambil teguran sahabat dan bergaul dengan masyarakat - itu antara pesan Imam Ghazali untuk mengetahui aib diri sendiri.

Katakan pada diri, jika tak sanggup mengharungi laut kelelahan, jangan diharap seraut kejayaan. Kita tidak akan dapat menjangkau rahsia mutiara jika tak berani menyelami samudera. Berani untuk kalah. Ingat selalu bahawa kekalahan hakikatnya adalah kemenangan yang ditangguhkan.

Berharap, kisah-kisah itu mengubah cara kita berfikir, merasa dan bertindak kerana fikiran mampu menukat impian menjadi wawasan. Kemudian hati menterjemah wawasan menjadi keazaman mencipta kenyataan. Justeru selepas ini mudah-mudahan kita akan dapat memiliki kemurnian hati, kecerdasan fikiran dan ketangkasan tindakan.



Sekadar berkongsi Tazkirah dan tulisan membangun dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Thursday, 21 July 2011


Oh Allah, I have no money but i have You, I am rich

Oh Allah, I have no freedom, but I believe in You, I am free

Oh Allah, I have no patience, but i read your Quran, I am calm

Oh Allah, I get no respect, but you listen to my doa, I am proud

Oh Allah, I have no time, but I think of Jannah, I have forever

Wednesday, 20 July 2011

''Aku meminta lapar sehari kenyang sehari"


Rasulullah s.a.w merupakan pelopor gaya hidup sederhana. Padahal jika Baginda mahu, Allah boleh mengubah Bukit Uhud menjadi emas untuknya. Al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Tuhanku menawarkan untuk menjadikan Batha Makkah menjadi emas untukku. Namun aku berkata:'Tidak wahai Tuhan, Akan tetapi (aku meminta) lapar satu hari dan kenyang satu hari. Jika aku lapar aku aku mengingati dan meratap kepada-Mu. Jika aku kenyang, aku memuji dan bersyukur kepada-Mu."

  • Siti Aisyah r.ha. berkata bahawa alas tidur Rasulullah s.a.w adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut. (Riwayat al-Bukhari)
  • Umar bin al-Khattab bercerita:"Aku melihat Rasulullah s.a.w sedang berbaring di atas tikar tanpa sebarang alas. Di bawah kepalanya sebuah bantal daripada kulit yang isinya serabut. Tempat air daripada kulit, tergantung disisi kepalanya. Aku sempat melihat kesan tikar yang berbekas pada tubuhnya. Aku menangis sedih melihat hal itu. Rasulullah, para kisra dan kaisar hidup mewah. Sementara engkau utusan Allah (hidup seperti ini)?' Baginda bersabda:'Tidakkah kamu reda mereka mendapatkan dunia dan kita mendapatkan akhirat?''' (Riwayat al-Bukhari)
  • Dalam soal makanan, Baginda memakan apa yang ada, tanpa menanyakan sesuatu yang tidak ada. Abu Hurairah berkata, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika menyukai makanan itu, Baginda memakanya. Jika tidak, Baginda meninggalkanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Aisyah berkata, "kadangkala sebulan berlalu namun kami tidak menyalakan api di dapur. Kami hanya makan kurma dan air saja. Kecuali jika seseorang menghadiahkan sedikit daging kepada kami."(Riwayat al-Bukhari)
  • Hidangan yang dimakan  Nabi pun hanya diletakan di lantai tanpa meja makan. Beliau menyuap makanan itu dengan hanya menggunakan tiga jari, tanpa sudu dan garpu. Selesaimakan, Baginda membersihkan jari-jarinya dengan menjilat dengan lidahnya sebelum membasuhnya dengan air. Minuman terbaik yang pernah Baginda minum ialah susu atau air kurma yang direndam semalaman agar terasa manis.
  • Kenderaan yang baginda gunakan ialah keldai yang tali kekangnya dibuat daripada serabut. Rumah Baginda pula, sederhana luasnya. Siti Aisyah berkata,"suatu hari aku tidur dihadapan Rasulullah s.a.w kakiku berada di kiblat Baginda . Jika hendak sujud, Baginda menepuk kakiku maka aku lalu menarik kakiku. Jika beliau berdiri, aku meluruskan kakiku kembali." Maknanya rumah Nabi s.a.w sangat sempit. Aisyah juga berkata,"Rumah-rumah pada waktu itu belum memiliki lampu."(Riwayat al-Bukhari).
Pendek kata, gaya hidup Rasulullah s.a.w amat sederhana dan jauh daripada kemewahan. Kesederhanaan dan jauh dari kemewahan. Kesederhanaan hidup tidak mengurangi kemuliaan Baginda di sisi Allah dan dimata manusia. Sebaliknya, kesederhanaan makin menghiasi dan memperindah kebesaran Bagindaa sebagai seseorang yang tidak diperhambakan oleh harta benda keduniaan.

Hidup sederhana bukan bererti enggan membelanjakan harta sama sekali. Definisi yang paling tepat untuk kesederhanaan  adalah "membelanjakan harta bersesuaian dengan keperluan."


    Tuesday, 19 July 2011

    Cerita rama-rama dan bunga.


    Kali ini mari kita baca tentang satu kisah yang boleh dijadikan panduan hidup kita dalam meniti perjalanan di bumi Tuhan ini, Mungkin dari sahabat telah pun terbaca akan kisah ini, namun jadikanlah ia sebagai ulangkaji  supaya kita sentiasa mengingati dan para sahabat yang belum membacanya ,jemput-jemputlah meluangkan masa sejenak untuk membaca dan menilai di mana tahap pencapaian dalam diri kita untuk menuju kepadaNya..

    Saya mulakan..Kisah seorang lelaki yang berdoa kepada Allah agar memberikannya bunga dan rama-rama. Namun keesokan harinya, Allah memberinya sepohon kaktus berduri dan seekor ulat beluncas. Si lelaki sedih, tidak faham dia, mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya. Tetapi dia kemudian berfikir untuk menyejukan hati. Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkanya lagi.

    Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirnya semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh sekuntum bunga yang cantik. Dan daripada seekor ulat beluncas yang berselindung, telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik. Subhanallah! Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul, walaupun pada mata manusia, kelihatan semuanya salah.

    Jika kita memohon dan menerima sesuatu yang lain dari Allah, percayalah pada kurnia itu. Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umat-Nya termasuk berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mempunyai pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan kepada-Nya.

    Monday, 18 July 2011

    Kritikan satu penghormatan



    Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik,dicaci dan dihina. Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan kita pula manusia.

    Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehingga kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan  ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan penghormatan untuk kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.

    “katakanlah(wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.”(Ali’Imran: 119)

    “Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-Nya”-(At-Taubah: 74)

    Friday, 15 July 2011

    Kenapa Aku Diuji?


    Setiap Musibah yang diturunkan keatas kita pasti ada hikmah disebaliknya, berdoalah!!!...

    Kenapa aku diuji??
    Al-Ankabut-Ayat 2-3

    • Dan demi sesungguhnya! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang berdusta.

    Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan??
    Al-Baqarah-Ayat: 216

    •  Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

    Kenapa ujian seberat ini!!!!
    Al-Baqarah-Ayat: 286

    • Allah tidak memberi seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakanya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakanya. (mereka berdoa dengan berkata): "wahai tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. 

    Kenapa rasa kecewa???
    Ali Imran-Ayat: 139

    • Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

    Bagaimana harusku hadapi???
    Al-Baqarah-Ayat: 45 

    • Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

    Apa yang aku dapat dari semua ini.
    At-Taubah-Ayat:111

    • Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka  dengan (balasan) bahawa mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil seta al_Qur'an, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar

    Kepada siapa ku berharap???
    At-Taubah-Ayat 129

    Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku; tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai "Arasy yang besar".

























    Thursday, 14 July 2011

    Buku itu Menyedarkan ku

    Saat membaca satu artikel bertajuk Jagalah Hati dalam Majalah Solusi isu ke-4, hati saya kembali menilai diri sendiri, Tambahan pula, pada waktu itu jiwa berkecamuk dengan pelbagai permasaalahan (cukup saya sendiri mengetahuinya). Saya sangat terkesan dengan memo yang bertulis “ Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..” Petikan yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. 

    Ya Allah hati ini bagai disentap, luluh dan kerdil nya dirasakan kehidupan ini sebenarnya apabila membaca ulasan dan kupasan yang dihuraikan mengenai soal menjaga hati. Soal menjaga hati sendiri!,bukan hati orang lain! Menjaga hati sendiri pun kita dah tak termampu sebenarnya, inikan pula hati milik orang lain..Saya membaca berkali-kali untuk mengingatkan diri dan setiap kali membaca artikel di dalamnya, saya menitiskan air mata.

    Barulah tersedar, rupanya saya telah banyak tersalah arah selama ini. Terima kasih Ya Allah menemukan buku ini kepadaku. Saya yang dulu bukanlah seorang yang minat membaca , apatah lagi buku yang berkait dengan keagamaan. Tapi sekarang sudah menjadi satu hobi mengumpul majalah-majalah ilmiah yang lain nya, syukur yang tak terhingga kepadaMu Ya Allah, membuka pintu hati ini. Kehidupan ini semakin kuat untuk mengharungi hidup. Demi Allah, hati sekarang lebih tenang dan untuk selamanya Insyaallah.

    Buat Bonda inilah satu hadiah yang layak aku berikan padamu yang tak henti-henti berdoa akan kesejahteraan anaknya dalam melalui hidup yang mendatang yang serba mencabar. Insyaallah segala permasaalahan ada jalanya untuk diselesaikan. Perlu hanyalah berusaha mencari..”Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak doa-doalah biar hati jadi lunak, tunduk kepada apa yang Allah kehendakkan.”..Renung-renungkan.

    Saya suke dengan petikan ini..”Dalam berdakwah kearah kebaikan , anggaplah dirimu sebuah jambatan” Dan firman Allah..”sebaik-baik manusia itu adalah yang memberi faedah kepada manusia lainya”. Kita berkongsi ilmu dan pengalaman ke arah kebaikan..itu tidak merugikan.

    Saya lebih menghargai puisi ini sekarang..hiduplah dengan membaca..Mencari Ilmu.itu tidak merugikan.



    Buku itu Anakku


    Buku itu anakku

    Adalah kawan

    Adalah teman

    Adalah ubat

    Adalah sahabat


    Kawanmu semasa susah

    Kawanmu semasa gelisah

    Penawar sakit

    Mengubat rindu

    Buku itu anakku jangan kau ketepikan.


    Nanti apabila kau sedang menunggu

    Usah biar masa terus berlalu

    Buku itu anakku semakin lama

    Semakin mesra rasa

    Sebagai amalan menyegarkan jiwa.


    Buku itu anakku

    Pengubat segala rindu

    Penawar racun bias

    Sepahit jadam

    Ubat lalai dan alpa.


    Buku itu anakku

    Akan mengetuk pintu hatimu

    Wangi pun menyimbah

    Kau aka kenali erti sampah


    Buku itu anakku bacalah

    Biar jadi budaya

    Untukmu kemudian menimba

    Akal dan budi bicara.



    Petikan Dari:Abdullah Abdul Rahman

    SK Bandar Baru Serting

    Tuesday, 12 July 2011

    Mukadimah

    Alhamdulillah , pertama dan selama-lamanya syukur dengan limpah rahmat-Nya dapat menghasilkan satu wadah dakwah dan tazkirah hati buat tatapan peribadi. Ya, menyedari  hakikat hidup ini perlu perubahan dan kita memerlukan suntikan rohani bagi memantapkan perjalanan hidup di muka bumi ini. Setiap insan pasti bercita-cita ingin perubahan dalam hidupnya yang baik kepada yang lebih baik. Itu adalah fitrah setiap insan. Begitulah dengan diri ini, setelah berkali-kali  jatuh, Setelah  banyak ujian hidup yang  dilalui yang selalunya menemui jalan kegagalan dan kekecewaan pada akhirnya, terdetik pada hati, adakah aku hanya mampu menyerah pada takdir tanpa mencari di mana solusinya pada kekecewaan ini.

    Namun setelah Gelap, pasti ada terangnya atau setelah Gelap, terbitlah cerah. Ya Allah terima kasih atas rasa ini. Rasa yang membuatkan aku berubah untuk menuju ke jalanMU. Potret kehidupan ini benar-benar menguji hambaMu yang selalu alpa dengan kenikmatan duniawi. Allah s.w.t telah mencipta pelbagai musim untuk dinikmati oleh manusia. Begitu juga Allah menjadikan kepelbagaian takdir dalam kehidupan kita. Maha suci Allah yang memberikan kemudahan di sebalik setiap kesulitan. Tidak ada yang mustahil di dunia ini. Seberat dan sesulit apapun rintangan yang mengadang, pasti ada jalan dan kemudahan di hadapan setiap ujian. Hujan yang turun pasti berhenti. Badai yang datang menerpa pasti akan berlalu.

    Hidup ini adalah perjuangan, perjuangan mencari zat-zat yang tersembunyi. Hidup ini perlukan perubahan agar beroleh ketenangan dalam hidup. Dalam hidup ini juga kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbu salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah ‘syurga dunia’ sebelum syurga akhirat Maka terhasilah medan ini untuk saya mencoret bait-bait kata inspirasi untuk renungan pada diri dan juga dikongsi untuk sahabat-sahabat. Inilah juga pengubat luka dan kekecewaan yang saya andaikan paling mujarab disamping menambah ilmu pengetahuan untuk diri.

    Doa dan Pengharapan

    Doa adalah senjata orang Mukmin. Usaha dengan sepenuh daya, jika tidak diiringi dengan doa, umpama sebilah pedang yang akan dibawa pergi berperang tetapi tumpul dan tidak bisa menikam musuh. Setulus hatiku mengakui bahawa inilah doa pembuka jalan yang menemukan aku dengan ketenangan, InsyaAllah.
    Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa yang mujarab dan penuh ketulusan, yakni doa untuk menghilangkan kedukaan, kecemasan dan kesedihan:

    Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘ Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasai langit dan Bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yang  mulia. Wahai zat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku  memohon pertolongan.

     Ya Allah hanya rahmatMu yang ku harapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu  sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada tuhan selain Engkau.

    Aku memohon keampunan kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri,dan aku bertaubat kepadaNya. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan yang telah berbuat zalim.

    Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMU, dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan matiku ditanganMU. Telah berlalu qada’ Mu padaku dan sungguh adil  hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.

    Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam KitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang makhlukMu (nabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan al-Qur’an sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut dan dari bebanan hutang dan tekanan orang (jahat).

    Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung......(Ali-‘Imran:173)
                       
    Allah itu Maha Mendengar

    Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’. Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hamba-Nya pada setiap masa, tempat dan ketika. Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hamba-Nya yang bertaubat ialah Doa daripada hamba-Nya yang meminta.

    Allah setia mendengar rintihan hamba-hamba-Nya ibarat "kekasih" yang saling mencintai. Jika kekasih dalam kalangan manusia mungkin jemu jika masaalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali, sebaliknya Allah tidak sebegitu. Berdoalah, nescaya Aku akan memperkenankan. Demikian yang Allah tegaskan dalam al-Quran.

    Jadi, doa bukan petanda lemah. Tetapi ia adalah sifat manusia gagah. Insya-Allah, kita akan temui hakikat itu. Sudikanlah mendengar peingatan daripada yang Maha Mendengar