Nikmat Allah

Tuesday, 19 July 2011

Cerita rama-rama dan bunga.


Kali ini mari kita baca tentang satu kisah yang boleh dijadikan panduan hidup kita dalam meniti perjalanan di bumi Tuhan ini, Mungkin dari sahabat telah pun terbaca akan kisah ini, namun jadikanlah ia sebagai ulangkaji  supaya kita sentiasa mengingati dan para sahabat yang belum membacanya ,jemput-jemputlah meluangkan masa sejenak untuk membaca dan menilai di mana tahap pencapaian dalam diri kita untuk menuju kepadaNya..

Saya mulakan..Kisah seorang lelaki yang berdoa kepada Allah agar memberikannya bunga dan rama-rama. Namun keesokan harinya, Allah memberinya sepohon kaktus berduri dan seekor ulat beluncas. Si lelaki sedih, tidak faham dia, mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya. Tetapi dia kemudian berfikir untuk menyejukan hati. Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkanya lagi.

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirnya semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh sekuntum bunga yang cantik. Dan daripada seekor ulat beluncas yang berselindung, telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik. Subhanallah! Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul, walaupun pada mata manusia, kelihatan semuanya salah.

Jika kita memohon dan menerima sesuatu yang lain dari Allah, percayalah pada kurnia itu. Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umat-Nya termasuk berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mempunyai pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan kepada-Nya.

1 comment:

  1. kisah menarik hati saya... sesungguhNya hanya Allah yang mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya, Allah malu jika tidak memakbulkan permintaan hamba2Nya.. tp adakah kita ada berasa malu meminta kepada Allah dan dlm pd masa yg sama kita tidak pernah mensyukuri segala nikmat dan tidak menyempurnakan segala yg diamanahkan olehNya... wujudkn rasa malu dn takut kepada Allah, insyaAllah ada ganjaran pahala dariNya

    ReplyDelete